Breaking News

Syarat Utama Untuk Menderma Darah


Gambar Hiasan 


ANDA LAYAK MENDERMA DARAH SEKIRANYA :

1. Sihat tubuh badan.
2. i) Berumur di antara 18-65 tahun untuk yang pernah menderma.
    ii) Berumur di antara 18-60 tahun untuk pertama kali menderma.
   iii) 17 tahun (perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga).
3. Berat badan 45kg ke atas.
4. Tidur minimum 5 jam.
5. Tiada masalah kesihatan.
6. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah.
7. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut :
·         a.Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual).
·         b.Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
·         c.Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial.
·         d.Bertukar-tukar pasangan seks.
·         e.Mengambil dadah secara suntikan.
·         f.Menjadi pasangan hubungan jenis kepada golongan di atas.

8. Pendermaan terakhir 3 bulan lepas
9. Bagi penderma wanita; tidak mengandung, tidak datang haid, tidak menyusukan anak.
10. Jangan menderma jika anda :
·         a.Pernah tinggal di United Kindom (England, Northern, Ireland, Scotlaand, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan (terkumpul) atau lebih.
·       
  b.Pernah tinggal di Europe dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 5 tahun (terkumpul) atau lebih.

11. Membawa salah satu dokumen ASAL berikut :

      WARGANEGARA MALAYSIA                           BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA
Kad Pengenalan Awam/ Tentera/ Polis.
Tinggal Di Malaysia melebihi 1 tahun.
Lesen Memandu
Passport
Kad Pekerja dengan No Kad Pengenalan dan gambar.
Permit Kerja dengan nombor passport dan gambar
Kad Pelajar dengan No Kad Pengenalan dan gambar.
Kad Pelajar dengan nombor passport dan gambar
Buku Penderma darah (PDN 2) untuk penderma ulangan.
-

12. Dokumen berikut TIDAK DITERIMA bagi pendaftaran sebagai penderma darah :

      WARGANEGARA MALAYSIA                            BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA
Salinan Kad Pengenalan
Salinan Passport
-
PATI
-
UNHCR
-
Boleh membaca dan memahami borang pendaftaran penderma samada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. (penterjemah tidak boleh)

Sumber :Pusat Darah Negara

Tiada ulasan