Breaking News

Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu

Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu 

Makmal ini mula dibina pada Jun 2001 dan siap dibina pada April 2004 serta mula beroperasi pada  Oktober 2004. Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu atau dikenali sebagai MKAKK diletakkan di  bawah pentadbiran Jabatan Kesihatan Negeri Sabah manakala khidmat nasihat teknikal adalah  daripada Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh.

Makmal ini memberi perkhidmatan bagi menyokong aktiviti kesihatan awam yang terdiri daripada Program Pembangunan Kesihatan Keluarga, Program Kawalan Penyakit Bukan Berjangkit, Program Kawalan Penyakit Berjangkit, Program Pendidikan  Kesihatan dan Program Keselamatan Dan Kualiti Makanan. Dari segi fungsinya, Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu dbahagikan kepada tiga seksyen utama iaitu Seksyen Makanan, Seksyen Penyakit dan Seksyen Pengurusan. MKAKK diketuai oleh seorang Pengarah.

Pengarah mengendalikan segala urusan pentadbiran dan perkhidmatan pejabat dan bertanggungjawab terus kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Bahagian Kesihatan Awam. Beliau dibantu oleh pembantu Tadbir Kanan, Pegawai Sains(Kaji Kuman ), Pegawai Sains Hayat(Kimia Hayat) dan Pegawai Teknologi Makanan, Penolong Pegawai Teknologi Makanan, Juruteknologi Makmal Perubatan dan Ketua-Ketua Unit Sokongan yang bertanggungjawab terus kepada Pengarah- kredit:MKAKK



Tiada ulasan