Pengenalan
Kelab Sukan dan Rekreasi Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu (Kelab MKAKK) ditubuhkan pada 6 Ogos 2008. Objektif penubuhan kelab ini ialah untuk menggalakkan aktiviti sosial, sukan, rekreasi dan kecerdasan di kalangan anggota makmal, memupuk hubungan mesra, muhibbah dan kekeluargaan di antara ahli dan mewujudkan anggota yang sihat, cergas, bersepadu, berdisplin serta produktif.Jawatankuasa Kelab MKAKK terdiri dari Penasihat, Presiden, Naib Presiden, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, Penolong Bendahari dan 7 orang Ahli Jawatankuasa (Unit Dana, Unit Promosi, Unit Sukan, Unit Kebajikan, Unit Keselamatan dan Unit Tugas-tugas Khas).
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Kelab MKAKK adalah berpandukan kepada cadangan, keperluan dan permintaan para ahli. Bersesuaian dengan namanya, Kelab MKAKK juga banyak mengendalikan aktiviti sukan dan rekreasi bagi untuk ahli kelab. Selain itu, Kelab MKAKK turut menganjurkan aktiviti sosial dan kebajikan baik kepada ahli kelab, kaum keluarga dan juga kepada masyarakat.
Tiada ulasan
Catat Ulasan