Seluruh umat Islam di Malaysia akan mula menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan tahun ini (2018) mulai pada tarikh 17 Mei 2018 (masihi) bersamaan 1 Ramadhan 1439 (Hijrah)
Mereka yang ingin berpuasa diwajibkan berniat di dalam hati pada setiap malam. Tempohnya bermula sesudah tenggelam matahari sehinggalah terbit fajar.
“Sahaja aku berpuasa esok hari dalam menunaikan fardu bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala”
Bazar ramadhan 2018 ini dijalankan di Tempat Letak Kenderaan di bahagian hadapan ,Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu (MKAKK),Aktiviti ini sering kali dilaksanakan sebelum ini dan sambutan dikalangan ahli amat baik , Objektif utama Biro Ekonomi mengambil peluang agar para ahli dapat memupuk Semanggat perpaduan ,muhibbah dan kekeluargaan antara ahli KSR MKAKK. Peribahasa yang biasa kita dengar, Bersatu Teguh Bercerai Roboh merupakan ungkapan ke arah perpaduan. Hadis Nabi tidak terkecuali dalam memupuk dan menggalakkan umat Islam agar menghayati nilai-nilai perpaduan seperti kasih-sayang, hormat menghormati, dan bertolak ansur sesama Islam.
Sebagaimana hadis yang masyhur kita dengar, لا يؤمن احدكم حتى يحب لاخيه ما يحب لنفسه
Arinya :- Tidak beriman seseorang kamu dengan iman yang sempurna, sehinggalah ia kasih kepada saudaranya sebagaimana ia kasih kepada dirinya sendiri.
Maka dengan penerangan Hadis dan Al-Quran tersebut fahamlah kita, perpaduan termasuk dalam urusan agama dan amat dituntut di dalam Islam. Manakala sifat yang suka kepada permusuhan dan perbalahan sesama Islam, amatlah di benci Allah dan Rasulnya. Sebagaimana maksud daripada sabda junjungan manusia iaitu, Yang paling Allah benci ialah yang keras kepala dalam perbalahan ( Riwayat bukhari dan muslim )
Kehadiran semua Ahli KSR MKAKK amat lah diperlukan bagi menjayakan Progam ini serta memberikan sokongan sepenuhnya.Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus dengan Biro Ekonomi Iaitu:-
1.Pn Viktoria Andrew
2.Pn.Arnnye Binti Aliayakim
Tiada ulasan
Catat Ulasan