Biro Kebajikan Kelab Sukan Dan Rekreasi MKAKK telah berjaya mengadakan Kempen Derma Darah Bersama Hospital Queen Elizabeth II Pada 15 Mei 2018 bersamaan hari Selasa di Ruang Legar Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu.
Pn.Nazrahyatul Hidayah |
Seawal jam 8.00 pagi Pn.Nazrahyatul Hidayah dan Cik Anis ( Biro Kebajikan KSR MKAKK) membuat persiapan dan menanti Pasukan dari Tabung Darah Hospital Queen Elizabeth II.Sebelum Pasukan Tabung Darah memulakan Aktiviti ini,.mereka bersarapan pagi yang di sediakan oleh Biro Kebajikan KSR MKAKK.
Walaupun tidak banyak darah dapat disumbangkan namun sambutan dikalangan Ahli KSR MKAKK amat menggalakan ,Diantara faktor darah tidak dapat disumbangkan kerana ada Ahli yang bercuti, berkusus,kandung darah dalam badan tidak mencukupi serta ada yang Demam. Walaubagimanapun Pengerusi Kelab En.Gasni Bin Duraim berpuas hati dengan sambutan yang diberikan oleh Ahli,
En Gasni Duraim mengupakan ribuan Terima Kepada Biro Kebajikan Dan Pihak Tabung Darah Hospital Queen Elizbeth II yang telah bertungkus lumus menjayakan aktiviti hingga jaya,Kempen Derma Darah siap pada jam 1.00 petang
Tiada ulasan
Catat Ulasan