Penderma - penderma
darah yang menderma di Pusat Darah Negara dan lain - lain Tabung Darah di
Hospital Kerajaan adalah layak mendapatkan rawatan percuma seperti di jadual
berikut :-
Jadual Keistimewaan Rawatan Penderma Darah di
Fasiliti Kesihatan (Hospital, Institusi dan Klinik Kesihatan), Kementerian
Kesihatan Malaysia mengikut Surat Pekeliling KPK 5/2005 bertarikh 20 Julai
2005.
KEKERAPAN
MENDERMA
KEISTIMEWAAN RAWATAN
|
|
1
kali
|
Percuma rawatan pesakit luar
dan rawatan perubatan (tidak termasuk bayaran X-ray dan pembedahan) dan wad
kelas dua untuk tempoh *4 bulan.
|
2 kali (dalan tempoh 12 bulan)
|
Percuma suntikan pencegahan
Hepatitis B
|
2 ~ 5 kali
|
Percuma rawatan pesakit
luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *4 bulan.
|
6 ~ 10 kali
|
Percuma rawatan pesakit luar
selama *1 tahun dan rawatan perubatan kelas dua untuk tempoh *6 bulan.
|
11 ~ 15 kali
|
Percuma rawatan pesakit luar
selama *2 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *1
tahun.
|
16 ~ 20 kali
|
Percuma rawatan pesakit luar
dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *2 tahun.
|
21 ~ 30 kali
|
Percuma rawatan pesakit luar
dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *3 tahun.
|
31 ~ 40 kali
|
Percuma rawatan pesakit luar
dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh *4 tahun.
|
41 ~ 50 kali
|
Percuma rawatan pesakit luar
dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh *6 tahun.
|
Lebih 50 kali
(bagi penderma“Whole blood”) dan Lebih 150 kali
(bagi penderma aferesis)
|
Percuma rawatan pesakit luar
dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun dan wad kelas
dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu.
|
*Tempoh masa keistimewaan yang dinyatakan
adalah sah digunakan bermula dari tarikh pendermaan terakhir. Penderma perlu
menunjukkan buku sijil (buku merah) kepada pihak hospital sebelum layak
menggunakan keistimewaan seperti dalam jadual di atas. Kemudahan wad adalah
bergantung kepada keadaan semasa. Jika wad yang dinyatakan dalam jadual telah
penuh, maka penderma akan ditempatkan di wad lain yang sesuai. Keistimewaan ini
hanya boleh digunakan oleh penderma darah sahaja. Penderma darah yang berstatus
penduduk tetap adalah layak untuk menggunakan keistimewaan ini.-Pusat Darah Negara
Tiada ulasan
Catat Ulasan