Breaking News

Perlembagaan Fasal 9 Kewajipan-Kewajipan Pegawai


Fasal 9 Kewajipan-Kewajipan Pegawai


 Fasal 9 Kewajipan-Kewajipan Pegawai


  1. Presiden, dalam tempoh menyandang jawatannya,hendaklah menjadi Pengerusi Semua mesyuarat agung dan semua Mesyuarat  Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat .Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangi peringatan mesyuarat bila telah diluluskan .Ia hendaklah menandatangi semua cek Kelab bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari.

  2. Naib Prisen hendaklah membantu Presiden menjalankan tugas-tugasnya dan memangku jawatan Presiden semasa tiada.

  3. Setiausaha hendaklah menjalankan kerja-kerja pentadbiran Kelab mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah mesyuarat agung dan jawatankuasa .Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat-menyurat dan menyimpan senua buku ,surat dan kertas kecuali akaun bank dan buku-buku kewangan .Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahliyang mengandungi butir-butir seperti nama,tempat dan tarikh lahir,nombor kad pengenalan ,pekerjaan nama dan alamat Majikan dan alamat rumah tiap-tiap Ahli.Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat cacatan mesyuarat.Ia hendaklah menandatangi semua cek Kelab bersama-sama dengan Presiden  dan Bendahari.Setiausaha hendaklah dalam masa 60 hari daripada tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan Kelab kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen  14 (1) Akta Pertubuhan ,1996.

  4. Penolong Setiausaha Hendaklah menolong Setiusaha menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.

  5. Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Kelab.Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan  semua perkara kewangan dan bertanggungjawab  di atas ketepatannya.Ia hendaklah meandatangi semua cek Kelab bersama-sama dengan Presiden dan Setiausaha .

  6. Ahli Jawatakuasa Biasa hendaklah membantu Pegawai-Pegawai diatas dalam menjalankan tugasyang diarahkan Jawatankuasa.

Tiada ulasan