Breaking News

Perlembagaan Fasal 8 Jawatankuasa

 
Perlembagaan  Fasal 8 Jawatankuasa 

Fasal 8 Jawatankuasa .


  1. Satu Jawatankuasa seperti berikut dinamakan Pegawai Kelab hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan :


  • Seorang Presiden 

  • Seorang Naib Presiden 

  • Seorang Setiausaha

  • Seorang Penolong Setiausaha 

  • Seorang Bendahari

  • Seorang Penollong Bendahari

  • Minimum  7 orang Ahli Jawatankuasa biasa



  1. Pemegang-pemegang jawatan Kelab ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Kelab ini hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia.


  1. Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat  Agung Tahunan .Semua Pegawai boleh dilantik semula tiap-tiap tahun.


  1. Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Kelab dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Kelab mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Agung.jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan Mesyuarat Agung.Jwatankuasa hendaklah mengemukan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan .


  1. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam 3 bulan.Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hariterlebih dahulu..Presiden dengan bersendirian atau kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-samaboleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa .Sekurang-kurangnya setengah (½)daripada bilangan ahli  Jawatankuasa hendaklah hadir  bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.


  1. Jika timbulperkara mustahak yang berkhendakkan kelulusanJawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan ,maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli Jawatankuas secara pengedaran surat pekeliling .Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima:

  • Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa;


  • Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu;dan


  • Keputusan hendaklah dengan indi yang terbanyak .Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan Oleh Settiusaha kepada mesyuarat Jaawtankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.


  1. Ahli Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan akan disifatkan sebagai telah meletakan jawatan di dalam Jawatankuasa.


  1. Jika Seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, Calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosong itu.Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu,maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.


  1. Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan Pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Kelab,dan boleh melantik Pengurus dan Kakitangan yang difikrkannya mustahak.Ia boleh menggantungan atau melucutkan jawatan sebarang Pengurus atau Kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan,curang,tidak cekap,engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa,atau Kerana seba-sebab yang difikirkan  boleh merosakkan kepentingan Kelab.


  1. Jawatankuasa bolehlah menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difirkan mustahak dan memberi kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa .


  1. Jawatankuasa yang lama hendaklah menyerahkan semua dokumen Kelab seperti sijil pendaftaran ,undang-undang berdaftar ,salinan-salinan penyata tahunan,surat-surat maklumbalas,buku-buku akaun,buku bank,cek dan resit,geran-geran tanah,senarai aset-asetdan sebagainya kepada Jawatankuasa baru semasa Majlis penyerahan tugas dan dokumen diadakan.Walaubagaimanapunjika terdapat kehilangan ,kerosakan dan kesilapan kepada mana-mana dokumen atau harta yang didapati semasa Jawatankuasa lama memegang jawatan maka ianya masih di bawah tanggungjawab Jawatankuasa yang lama.

Tiada ulasan