Breaking News

Perlembagaan Fasal 10 Kewangan

Perlembagaan Fasal 10 Kewangan


 Perlembagaan Fasal 10 Kewangan

  1. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini wang Kelab ini boleh digunkan untuk tujuan perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Kelab,termasukalah belanja pentadbiran ,bayaran gajimbiayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira.Walaubagaimanapun .wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.

  2. Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM 100.00 (Seratus Ringgit) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dalam tepoh  7 hari dimasukan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa .Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Kelab.

  3. Segala cek atau kenyataan pengeluaranwang dari kira-kira Kelab hendaklah ditandatangani bersama Presiden,Setiausaha dan Bendahari.Semasa ketiadaan Presiden,Setiausaha atau Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menantangani cek atau kenyataan pengeluaran Wang  Kelab.

  4. Perbelanjaan yang lebih daripada RM 500.00 (Lima Ratus Ringgit)bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 2500.00 (Dua Ribu Lima Ratus Ringgit) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebiih dahulu.Perbelanjaan yang kurang daripada RM 500.00(Lima Ratus Ringgit) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Presiden bersama Setiausaha dan Bendahari.

  5. Penyata darihal wang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-Kira yang dilantik di bawah Fasal 11 undang-undangini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan .Penyata kira-kira yang diaudit itu hendaklah dikemukan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinnya hendaklah dibekalkan untuk maklumanahli di tempat urusan Kelab.

  6. Tahunan Kewangan Kelab ini bermula dari 1hb januari dan berakhir pada 31 Disember tiap-tiap tahun.

Tiada ulasan