Breaking News

Perlembagaan Fasal 7 Mesyuarat Agung

 
Fasal 7 Mesyuarat Agung 


Fasal 7 Mesyuarat Agung


1.  Pengelolaan Kelab ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli.sekurang-kurangnya satu perdua(1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang ,hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.

2.  Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh yang ditetapkan (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetepkan oleh jawatankuasa ; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-undang Kelab dan membuat dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

3.  Mesyuarat Agung Tahunan bagi Kelab hendaklah diadakab dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb mac pada tarikh ,masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa.Kerja-kerja mesyuarat agung tahunan ialah:

  • Menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan Kelab di dalam tahun lalu;

  • Menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun lalu;

  • Memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira untuk tahun yang akan datang ; dan

  • Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.

4.  Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 3 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan serta penyata kira-kira  Kelab bagi tahun laluyang telah diaudit.Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Kelab.


6.  Mesyuarat Agung Khas bagi Kelab ini boleh diadakan :
  • bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa ,atau 

  • Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada satu perlima (1/5) daripada  jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya.

Tiada ulasan