Perlembagaan Fasal 12 Pentadbir Harta
Fasal 12 Pentadbir Harta |
Fasal 12 Pentadbir Harta
1. Tiga orang Pemegang Amanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik di dalam mesyuarat Agung dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Kelab.Semua Harta tetep kepunyaan Kelab akan diamanahkan kepada mereka dengan mendatangi suatu surat amanah (Deed Of Trust)
2. Pememang Amanah tidak boleh menjual ,menarik balik atau memindahkan hakmilik harta kepunyaan Kelab dengan tidak mendapatkan kelulusan dan kuasa yang diberikan oleh
Mesyuarat Agung Kelab.
3. Seseorang Pemegang Amanah itu boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh mesyuarat agung oleh sebab uzur kerana penyakit,tidak siuman,tidak berada di dalam negeri atau kerana sebab lain yang mengakibatkan ia tidak dapat menjalankan tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan.Jika berlaku kematian,perletakan jawatan atau pemencatan bagi seseorang Pemegang Amanah maka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan oleh Pemegang Amanah yang baru yang dilantik di dalam Mesyuarat Agung.
Tiada ulasan
Catat Ulasan