Breaking News

Talian Whatsapp Sabah Healthline JKNS


Talian Whatsapp Sabah Healthline Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dilancarkan pada 30 januari 2020.

Dengan  adanya talian whatsapp ini dapat membantu masyarakat khususnya di Sabah.Talian ini merangkumi dalam aspek seperti :-

1. Pertanyaan
2. Cadangan
3. Aduan
4. Penghargaan

Jabatan kesihatan Negeri Sabah menerima segala pertanyaan ,cadangan ,aduan  serta penghargaan tanpa mengira taraf dan kedudukan pengadu.Selepas aduan diterima tindakan susulan segara diambil oleh  Jabatan Kesihatan Negeri Sabah agar permasalahan yang dihadapi segera diselesai bagi bermafaat bersama. Bak pepatah  "Ringan sama dijinjing ,berat sama dipikul"

Nombor Talian whatsapp  +6019-8602929 ,setelah disimpan anda boleh memulakan sebarang pertanyaan dengan langkah-langkah seperti berikut:-
 
1.Taip SABAH HEALTHLINE
2.Anda akan menerima balasan auto reply,
3. Isikan maklumat dengan betul 
4.Setelah itu anda boleh meneruskan sebarang pertanyaan , aduan,cadangan atau penghargaan.

Bagi memudah anda terus ke talian whatsapp Sabah Healthline tanpa menyimpan nombor di dalam telepon bimbit anda,Anda haya perlu tekan gambar dibawah atau tekan nombor ini +6019-8602929

Tiada ulasan