Breaking News

Aktiviti Bulan Ramadhan Tahun 2022

Tanggal 14 April 2022, Kelab Sukan dan Rekreasi MKAKK melaksanakan aktiviti tahunan sempena bulan ramadhan,

                   TONTON VIDEO
Aktiviti yang dimaksudkan adalah masak bubur dalam kawah,Psemua Ajk dan Ahli kelab yang kepalang waktu  turun padang bagi mejayakan Program Bubur Lambok.

Seawal jam 8.00 pagi semua ahli sibuk menyediakan peralatan untuk memasak,kedengaran gurau mesra dan ada juga  antara mereka  terpancar riak wajah mereka gembira kerana dapat membantu. Ini salah satu Objektif KSR MKAK ditubuhkan agar dapat menjalinkan hubungan silahtulrahim ,memupupuk budaya berkerjasama dan sentiasa ringan tulang .

Aktiviti petang ,Ajk yang terlibat mengagihkan bubur lambok  yang dimasak sendiri oleh ahli KSR MKAKK. Ini memudahkan ahli tidak perlu bersusah payah untuk membeli di bazar ramadhan  . Juadah dapat dinikmati dan dikongsi bersama disisi keluarga tersayang.

Terima kasih kepada Pengerusi Kelab kerana sanggup turun padang dan menjadi tulang belakang bagi mejayakan majlis ini.Berbezaan agama bukan halangan baginya untuk mengeratkan hubungan silahtulrahim diantara Ahli .


Tiada ulasan