Breaking News

Program Penghantaran Bantuan Sumbangan Kepada Mangsa banjir Di Kampung Sugud, Penampang

           Tanggal 6 Oktober 2021, Kelab Sukan dan Rekreasi Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu telah bersepakat dalam mengadakan Aktiviti untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa Banjir di Kampung Sugud ,Penampang. Usaha ini juga disokongan Penuh Oleh  Dr.JILORIS @ JULIAN FREDERICK DONY Selaku Penasihat Kelab Sukan Dan Rekreasi MKAKK .

            Hasil Perbincangan dan persetujuan AJK Kelab, Mereka Menyediakan Sebuah bilik Sementara 
untuk menerima dan mengumpul segala  barang-barang yang akan disumbangkan Oleh Ahli  Kelab sukan dan Rekreasi Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu yang terdiri dari Kakitangan Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu.

             Sambutan Dari Ahli Kelab amatlah memberangsangkan,Tak Sampai petang sumbangan dah memenuhi ruang .Terima kasih atas sokongan Ahli Kelab yang selama ini memberikan kerjasama untuk menjayakan segala  Program yang dijalankan.

Pada hari ini, 8 Oktober 2021 Misi menghantar barang-barang yang telah disumbangkan akan dihantar terus ke Kampung Sugud ,Penampang dengan mengunakan 2 buah Kenderaan.
Dr.JILORIS @ JULIAN FREDERICK DONY meluangkan masa walaupun sibuk .Beliau juga memberikan memberikan ucapan secara ringkas agar  di kalangan Ahli Kelab sentiasa bersemanggat meneruskan usaha ini.Beliau juga memberikan nasihat agar semua Ahli yang terlibat mematuhi segala  SOP bagi mengekang penularan Wabak  Covid-19.


"Berat sama dipikul,Ringan sama dijinjing"
Itu yang terapkan kepada Ahli Kelab, Biarpun mereka sibuk menjalan Tugas hakiki namun mereka masih boleh membahagikan masa demi berkhidmat untuk Masyarakat .

Semanggat yang ditunjukkan  amat ketara ,tengok lah gambar di atas walaupun banyak angkat barang senyuman tetap terpancar diraut wajahnya walaupun pakai pelitup muka.

Walaupun banyak halangan perlu ditepuhi ,Akhirnya sumbangan berjaya disampaikan.

Tiada ulasan