Breaking News

Perlembagaan Fasal 6 Sumber Kewangan

                                                  Perlembagaan Fasal 6 Sumber Kewangan

 FASAL 6 SUMBER KEWANGAN

(1) Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut:-

Bayaran Masuk:

 

Gred 41 – 52   :          RM 20.00

Gred 27- 40     :          RM 15.00

Gred 17 – 26   :          RM 10.00

Gred 1 - 16      :          RM 5.00

 

Yuran bulanan RM 5.00 bagi Gred 17 – 52

Yuran bulanan RM 3.00 bagi Gred   1– 16

 

(2) Yuran bulanan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 15 hari dari awal setiap 3 bulan

(3) Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih  daripada Enam (6) bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh setiausaha atau wakilnya , dan hilanglah hak-hak  keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.

(4) Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih daripada  jumlah yuran bagi 9 bulan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli kelab dan jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuas hati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.

(5) Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

(6) Yuran khas tau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli.Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan ,Maka wang itu dianggap sama seperti hutang yuran bulanan.


Tiada ulasan